Saturday 18 May 2013

TIANG SERI SRIKANDI

Adapun kewujudan pertubuhan ini bukanlah untuk dinilai dengan pandangan yang terlalu tinggi mahupun untuk bersaing dengan mana-mana badan NGO sedia ada di Malaysia. Kami berharap agar dapat bersama-sama dengan mereka yang sama misi dan visi kami dalam usaha menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Presiden,  Puan Norashikin Abd Ghani, antara tiang seri yang mengukuhkan lagi bangun duduknya Pertubuhan ini.  Merupakan seorang wanita yang cekal,tegas,adil,amanah dan berani dalam menghadapi pelbagai cabaran dan situasi untuk menangani pelbagai isu sosial dan kemasyarakatan. Melibatkan diri didalam perjuangan selama 11 tahun dan dari pengalaman yang telah dilalui beliau meyahut cabaran untuk berbakti dan menubuhkan Srikandi Malaysia in ibersama 2 pengasas berikut.

Nor Khairunnisa bt Mohammad Tahir yang merupakan Setiausaha Agong dan juga pengasas bersama pertubuhan ini.Beliau bergiat aktif  dalam bidang NGO selama 12 tahun dan memegang jawatan sebagai pembantu pribadi kepada salah seorang Pengerusi Badan NGO wilayah Persekutuan. Beliau telah menyandang gelaran sebagai Kak Long bagi Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA Malaysia). Belaiu juga merupakan Ahli Majlis Negeri dan Ketua Biro Kebajikan  untuk Srikandi Malaysia.

SRIKANDI juga disokong oleh Pengasas bersama Mohd Kahril B. Ismail, selaku AJK Tertinggi dan juga merupakan Ketua Unit Khas Keselamatan bagi Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi. Bergiat aktif dalam bidang NGO selama 10 tahun. Beliau menyandang gelaran sebagai Bang Long bagi pertubuhan kebajikan dakwah islamiah malaysia (Pekida Malaysia). Dari pengalaman didalam perjuangan ini membuatkan TIGA Pengasas ini menubuhkan SRIKANDI MALAYSIA bagi menghimpunkan wanita untuk berkhidmat kepada masyarakat dan membantu kerajaan di sebalik takbir.


BIRO KORPORAT SRIKANDI

PENASIHAT KEHORMAT

1) YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
- Ketua Penerangan UNMO Malaysia
- Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan
- Ketua Biro Pulisiti & Penerangan Barisan Nasional
- Ahli Parlimen Pontian
2) YBHG. PLG-AL RAWA (Presiden BATAS Malaysia)
3) YBHG. DATO’ HAJI AB.MALEK BIN HAJI RANTING (Presiden Pewaris Malaysia)

PENASIHAT AGAMA

1) YB SENATOR DATO’ DR. MASHITAH BT. IBRAHIM 
2) YBGH. ROSLI BIN JOHAR (Badan NGO Melayu Islam)

PENASIHAT KORPORAT
  1. CIK NORAZIRA MOHD NOOR
  2. YBHG DATO' ZAIDI BIN HASHIM
  3. YM DATO’ MUHAMMAD ISMAIL (Ketua NGO 1Malaysia)

KETUA-KETUA ZON
  1. ZON UTARA – YBHG. DATIN NOOR HASNIDA BT MOHD HASHIM
  2. ZON SELATAN – ANITA BT. ABDULLAH
  3. ZON SABAH – SALSURIANA DAININ

KETUA BIRO
  1. BIRO PENERANGAN - NOORINA BT. ABD GHANI
  2. BIRO ADUAN AWAM - ROSIDA BT. ABU BAKAR
  3. BIRO KESELAMATAN - KHAIRIL BIN ISMAIL
  4. BIRO KEBAJIKAN - NOR KHAIRUNNISA BT. MOHD TAHIR
PEMANTAU AKTIVITI
  1. YBHG. DATO’ PADUKA RAHIM BIN IBRAHIM (YDP Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang)
  2. YBHG. MAZNI BIN ABDUL GHANI (Timbalan Presiden Batas Malaysia)
  3. YBHG DATO' SRI ABDUL AZIZI BIN NANI (Pengasas API Sejagat Malaysia) 
  4. YM NOOR AZHAR BIN HAJI MOHAMMAD (Pesiden Kelab Merdeka Muda Malaysia)




KEBANGKITAN WANITA SRIKANDI

PERTUBUHAN KEBAJIKAN INSANIAH SRIKANDI merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar secara rasminya pada 19 Mac 2012. Didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966, dengan Nombor Pendaftarannya iaitu PPM-014-10-19032012.

SRIKANDI merupakah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang kini beroperasi dan berpusat di alamat ; No 8A, Tingkat 1, Lorong Selangor, Jalan Bandar 3, Taman Melawati 53100, Kuala Lumpur

Jawatankuasa Pertubuhan dalam perancangan untuk menempatkan lebih banyak lagi pusat operasi bagi setiap negeri dan daerah. Di bawah pengendalian Pengasas dan Presiden Norashikin Abdul Ghani, pelbagai kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan telah di atur dalam usaha memperkasakan lagi identiti SRIKANDI.

SRIKANDI merupakan sebuah pertubuhan yang berdiri teguh ahli-ahli wanita yang gigih dan bersemangat waja. Tidak gentar menghadapi apa sahaja halangan. Mencuba sedaya yang boleh untuk bersama masyarakat setempat dan untuk mereka yang memerlukan.

Semuanya Bertitik tolak daripada usahan Wanita Cekal yang merupakan Pengasas kepada pertubuhan ini iaitu  Puan Norashikin Bt Abd Ghani.

Merupakan Seorang Wanita Yang Cekal, Tegas, Adil, Amanah Dan Berani dalam menghadapi pelbagai cabaran dan situasi untuk menangani pelbagai isu sosial dan kemasyarakatan. Juga bergiat aktif dengan mengasaskan persatuan Ibu dan Bapa Tunggal Wilayah Persekutuan Selangor.

Pernah Berkhidmat sebagai Ketua ahli Majlis Negeri, Ketua Biro Aduan Awam, Ketua Penerangan dan juga menyandang gelaran Kak Long Bagi Pertubuhan Pekida Wilayah Persekutuan selama lebih 10 Tahun. Penglibatan aktif di dalam aktiviti amal dan kebajikan, serta turut menjayakan dan bersama-sama Ngo Yang lain dalam program kemasyarakatan.

Beliau Adalah pemangkin kepada kebangkitan wanita-wanita SRIKANDI. Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran termasuklah dikhianati segelintir orang, namun Beliau tetap cekal menghadapi. Dan Simbol Kemegahan SRIKANDI adalah kerana dengan adanya pemimpin sepertinya.