Saturday, 18 May 2013

KEBANGKITAN WANITA SRIKANDI

PERTUBUHAN KEBAJIKAN INSANIAH SRIKANDI merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar secara rasminya pada 19 Mac 2012. Didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966, dengan Nombor Pendaftarannya iaitu PPM-014-10-19032012.

SRIKANDI merupakah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang kini beroperasi dan berpusat di alamat ; No 8A, Tingkat 1, Lorong Selangor, Jalan Bandar 3, Taman Melawati 53100, Kuala Lumpur

Jawatankuasa Pertubuhan dalam perancangan untuk menempatkan lebih banyak lagi pusat operasi bagi setiap negeri dan daerah. Di bawah pengendalian Pengasas dan Presiden Norashikin Abdul Ghani, pelbagai kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan telah di atur dalam usaha memperkasakan lagi identiti SRIKANDI.

SRIKANDI merupakan sebuah pertubuhan yang berdiri teguh ahli-ahli wanita yang gigih dan bersemangat waja. Tidak gentar menghadapi apa sahaja halangan. Mencuba sedaya yang boleh untuk bersama masyarakat setempat dan untuk mereka yang memerlukan.

Semuanya Bertitik tolak daripada usahan Wanita Cekal yang merupakan Pengasas kepada pertubuhan ini iaitu  Puan Norashikin Bt Abd Ghani.

Merupakan Seorang Wanita Yang Cekal, Tegas, Adil, Amanah Dan Berani dalam menghadapi pelbagai cabaran dan situasi untuk menangani pelbagai isu sosial dan kemasyarakatan. Juga bergiat aktif dengan mengasaskan persatuan Ibu dan Bapa Tunggal Wilayah Persekutuan Selangor.

Pernah Berkhidmat sebagai Ketua ahli Majlis Negeri, Ketua Biro Aduan Awam, Ketua Penerangan dan juga menyandang gelaran Kak Long Bagi Pertubuhan Pekida Wilayah Persekutuan selama lebih 10 Tahun. Penglibatan aktif di dalam aktiviti amal dan kebajikan, serta turut menjayakan dan bersama-sama Ngo Yang lain dalam program kemasyarakatan.

Beliau Adalah pemangkin kepada kebangkitan wanita-wanita SRIKANDI. Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran termasuklah dikhianati segelintir orang, namun Beliau tetap cekal menghadapi. Dan Simbol Kemegahan SRIKANDI adalah kerana dengan adanya pemimpin sepertinya.

No comments:

Post a Comment